Tuesday 8 March 2016

Lelaki 65 tahun 'kahwin' budak 12 tahun




Lelaki 65 tahun 'kahwin' budak 12 tahun

SEBUAH video rakaman eksperimen sosial dilakukan oleh aktor sensasi YouTube, Coby Persin bagi melihat bagaimana reaksi penduduk New York Amerika Syarikat bertindak balas terhadap 'perkahwinan jurang umur' atau perkahwinan 'orang tua' dengan kanak-kanak.
Video yang berdurasi hampir empat minit itu memaparkan, bagaimana ada sebuah majlis 'perkahwinan' yang berlangsung di kawasan kaki lima Times Square, New York, di mana pasangan pengantin itu merupakan pasangan yang terlampau berbeza usia berkahwin.
Ternyata, majlis perkahwinan itu mendapat reaksi yang mengejutkan daripada orang ramai disitu, mana tidaknya pengantin lelaki tersebut berumur 65 tahun manakala pasangannya pula berumur 12 tahun.
Pasangan itu dilihat menjalani pengambaran selepas sesi 'berkahwin' lengkap mengenakan busana pengantin manakala Coby memainkan watak sebagai jurugambar mereka.
Ketika sesi itu berlangsung, maka drama pun bermula, menerusi rakaman video memaparkan bagaimana beberapa orang yang berada disitu ketika menyaksikan majlis itu merasa meluat dan jengkel hinggakan ada seorang wanita mengalirkan air mata diatas apa yang berlaku, mungkin wanita itu 'terasa' melihat 'kenapa budak itu berkahwin dengan lelaki tua'.
Sementara itu, dalam beberapa minit kemudian, datang beberapa orang yang mula datang ke arah pasangan tersebut dan menyoal apa yang berlaku dan di mana ibu bapa gadis berkenaan.
Suasana bertukar gamat, apabila makin ramai mereka yang lalu lalang disitu, dilihat mula campur tangan, kerana tidak berpuas hati dengan 'majlis berkenaan' sehinggakan ada yang mengancam untuk membawa 'pasangan' berkenaan kepada pihak polis.
Akhirnya, setelah dimaklumkan mengenai tujuan 'majlis' tersebut barulah keadaan menjadi reda kembali.
Ternyata, rakaman video tersebut membuktikan warga New York menolak sepenuhnya idea perkawinan di bawah umur walaupun ada beberapa buah negara membenarkannya.

No comments:

Post a Comment