Tuesday 8 March 2016

Remaja pilih tinggal dalam van, elak bayar sewa rumah



Remaja pilih tinggal dalam van, elak bayar sewa rumah
Keadaan van milik Alex.
LONDON - BRITAIN.  Bagi menyelesaikan masalah tempat tinggal yang dialaminya, seorang lelaki mengambil keputusan untuk tinggal di dalam van.
Alex Hill, 24, mendakwa dengan tinggal di dalam van dia dapat menjimatkan wang sehingga £1,000 (RM5,781) sebulan.
Walaupun van tersebut tidak dilengkapi dengan kemudahan tandas, namun Alex akan cuba untuk tidak minum air selepas jam 7.00 malam bagi mengelakkan dia ke tandas pada waktu malam dan hanya akan mandi di pejabatnya.
Menurut Alex, dia berpindah dari rumah sewanya terdahulu kerana bercadang untuk berbasikal mengelilingi Eropah untuk beberapa bulan.
"Pada mulannya saya merancang untuk tinggal bersama rakan sebelum mendapat rumah baru, namun saya kemudian cuba untuk tinggal di dalam van untuk beberapa minggu dan akan mandi di tempat kerja," katanya dipetik Metro.uk.
Alex yang bekerja di sebuah firma IT meletakan tilam di belakang vannya sebagai tempat tidur dan menjana kuasa melalui penjana solar.
"Saya akan mencadangkan kepada orang ramai cara hidup sebegini, namun ia bergantung kepada keperluan individu itu sendiri.
"Bagi saya, apa yang paling penting adalah dia masih boleh mandi setiap hari di pejabatnya," ujarnya.
Tambah Alex yang berasal dari Teweksbury, Gloucestershire, dia tidak pernah mengalami masalah untuk meletakkan kenderaanya di Clapham, Brixton atau dimana-mana juga di Islington.
Alex mula tinggal di dalam van sejak September lalu dan berkata setakat ini, tiada undang-undang yang menentang sesiapa yang tinggal dalam kenderaan.

No comments:

Post a Comment