AMPANG - Dengan sasaran membekalkan lima juta lintah setahun, sebuah syarikat bumiputera, Husna Hirudonaria Agro Farm Sdn Bhd, yakin mampu ‘menghidupkan’ kembali industri ternakan lintah di negara ini.
Pengerusinya, Datuk Dr Sulaiman Abrar Yunos berkata, kerjasama yang terjalin dengan sebuah syarikat dari Kanada, Biopeps Solutions Inc, Husna Hirudonaria Agro Farm Sdn Bhd kini merupakan pembekal tunggal lintah untuk diproses menjadi vaksin bagi rawatan kanser.
Menurutnya, bagi merealisasikan hasrat itu, Husna Hirudonaria Agro Farm Sdn Bhd memperuntukkan tanah seluas dua ekar untuk dijadikan ladang ternakan lintah secara komersil dan moden.
“Keperluan dan permintaan buat masa ini adalah lima juta ekor lintah setahun, jadi dengan pembukaan ladang ini kita sasarkan untuk bekalkan lebih banyak lintah.
“Sebelum ini, pihak kami berjaya bekalkan sejumlah 60,000 lintah sebulan dalam tempoh setahun, menerusi perjanjian persefahaman (MOU) dengan anak syarikat dari Kanada ini, iaitu Biopep Malaysia Sdn Bhd yang dibuka bagi urusan pembelian dan makmal lintah,” katanya.
Difahamkan lintah yang dibekalkan akan melalui proses makmal dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), untuk pengasingan cecair yang terhasil daripada lintah berkenaan. Cecair berkenaan kemudiannya akan dibawa ke Kanada untuk diproses dalam bentuk tablet sebagai rawatan kanser.
Dr Sulaiman berkata, pasaran bagi sektor penternakan lintah ini dilihat amat berpotensi dengan jalinan kerjasama berkenaan.
“Dalam tempoh setahun sebelum ini, kami membeli bekalan lintah secara runcit daripada pengusaha-pengusaha sedia ada, namun jumlahnya masih tidak mencukupi untuk menampung permintaan.
“Jadi dengan pembukaan ladang ternakan lintah ini kita sasarkan lebih banyak lintah dapat dihasilkan, seterusnya menampung permintaan pasaran,” katanya.
Terdahulu berlangsung Majlis Pecah Tanah Ladang Ternakan Lintah, Kampung Bukit Hijau, Jeram, Kuala Selangor.

No comments:
Post a Comment