KEMAMAN - Seramai 1,074 pelajar dan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kijal turut sama menunaikan solat sunat gerhana matahari di Dataran Al Faruqi sekolah itu pada jam 8.15 pagi.
Solat hajat berkenaan diimamkan sendiri oleh guru agama sekolah berkenaan, Ustaz Abdul Aziz Hashim.
Fenomena gerhana matahari yang jarang berlaku itu turut menarik minat orang ramai sekitar Kemaman untuk merakam gambar kejadian tersebut.