Monday 7 March 2016

Twitter selamatkan kucing kebuluran




kucing

TOKYO - JEPUN. Kekurangan bekalan makanan untuk ratusan kucing yang mendiami Pulau Aoashima berjaya diatasi selepas menerima bekalan makanan dari seluruh pelusuk Jepun.
Masalah kekurangan makanan yang dihadapi 140 kucing diketahui apabila salah seorang penduduk memuatnaik status di laman mikro Twitter memohon bantuan selepas pulau itu kehabisan stok makanan untuk kucing-kucing tersebut akibat cuaca buruk.
Menurut Kazuyuko Ono, 59, yang memuatnaik status di Twitternya mengenai aduan kekurangan makanan di pulau itu berkata, bekalan makanan mencurah-curah masuk dari seluruh Jepun selepas itu.
"Terdapat begitu banyak makanan yang diterima, namun kami tidak dapat menyimpannya.
"Saya menyeru orang ramai supaya berhenti untuk menghantar makanan," katanya dipetik Japantimes.co
Beratus-ratus kotak makanan kucing sampai di kepulauan itu yang kebiasaanya mengambil masa 30 minit perjalanan dengan bot dari tanah besar.
Tambah Kazuyuko, kekurangan bekalan terjadi akibat ombak besar yang menyukarkan bot untuk sampai ke sini.
"Pada musim bunga dan musim panas, pelancong kebiasaanya akan datang ke pulau ini untuk memberi makanan, namun cuaca sejuk dan laut bergelora menyebabkan tiada pelancong yang berkunjung ke sini untuk memberi makanan," katanya lagi.

Pulau Aoshima yang juga dikenali sebagai pulau kucing, pernah didiami lebih 1,000 penduduk namun, populasi penduduk sehingga hari ini hanyalah 16 orang yang kesemuanya terdiri daripada persara.

No comments:

Post a Comment