SEMARAK Bangsawan 2016 Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) membuka tirai menerusi pementasan Bangsawan Mulan bermula 15 hingga 17 April 2016 jam 8.30 malam di Auditorium DBKL.
Pementasan oleh Persatuan Alumni Aswara itu, mendapat sentuhan pengarah Shariful Akma Abdullah atau lebih dikenali K’ma Abdullah dalam dunia teater tempatan.
Menurut K'Ma, teater tersebut melibatkan teraju utama seperti pelakon Hairi Safwan dan Taufiq Hanafi (Ola Bola), Lunia Ara serta Kirin Muhamad.
"Pemilihan pelakon berdasarkan kemampuan mereka memainkan watak diberi dan pengalaman dalam bidang ini.
"Setiap pelakon juga mempunyai kredibiliti serta keistimewaan tersendiri menerusi peranan digalas," katanya.
Memainkan peranan sebagai Raja Shah Yu, kata Hairi Safwan, dia perlu mengkaji watak berkenaan bagi merealisasikannya.
"Shan Yu serong yang bersifat antagonis. Kerana itu, saya menampilkan lima gaya berbeza sebagai Shan Yu untuk dipilih pengarah. Kemudian barulah dia membuat keputusan gaya bagaimana sesuai dengan watak itu," katanya peranan tersebut mencabar diri kerana pertama kali mementaskan bangsawan China.
Bagi Lunia Ara pula, memainkan watak Mulan menuntut dia menonton filem Disney Mulan, untuk lebih memahami karakter tersebut.
"Daripada situlah saya mendapat inspirasi siapa itu Fa Mulan. Selain itu, cabaran baharu juga apabila saya perlu berlatih bermain pedang," katanya merupakan pelajar tahun akhir di Aswara.

No comments:
Post a Comment