Friday, 22 April 2016

Jumpa harta karun zaman purba belakang rumah



Jumpa harta karun zaman purba belakang rumah
Harta karun ditemui di belakang rumah seorang petani di Aargau, Switzerland
AARGAU - SWITZERLAND. Seorang petani menemui lebih 4,000 syiling purba dipercayai milik kerajaan Rom belakang rumahnya di Ueken, baru-baru ini.

Menurut laporan CNN, selepas satu lagi operasi cari gali dijalankan, 4,166 keping syiling perak dan tembaga tersebut dianggarkan berumur kira-kira 1,700 tahun.
"Ini adalah penemuan yang menakjubkan," kata Geroge Matter, seorang ahli arkeologis yang menjayakan operasi cari gali kedua.
Kata George, harta karun berkenaan berasal dari zaman pemerintahan Maharaja Aurelian pada tahun 274 dan Maharaja Maximian pada tahun 294.
"Dalam bidang arkeologi sendiri, tak sampai 2,500 syiling dijumpai. Kali ini, kita menemui lebih dari 4,000. Penemuan ini sangat unik," jelas George.
Oleh kerana petani yang menemui syiling tersebut membuat keputusan untuk tidak menyimpannya, maka pihak muzium Vindonissa de Brugg membersihkan dan mempamerkan syiling tersebut di muzim. 

No comments:

Post a Comment