LONDON - BRITAIN. Sekali pandang, pasti kita akan menganggap ia adalah gaun pengantin, namun siapa sangka ia sebenarnya adalah sebiji kek.
Namun untuk menghasilkan kek unik ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia disiapkan oleh tiga orang pakar dalam masa 300 jam.
Kek tersebut dihasilkan oleh pereka Sylvia Elba, pengasas Fun N Funky Cakes, Yvette Marner dan juga Ilinka Rnic.
Kek yang berketinggian dua meter dan mempunyai berat 75kg itu dihasilkan dengan menggunakan beribu-ribu kertas wafer yang boleh dimakan.
Kek "The Weddible Dress" dengan korset sendat, kain beropol dan diperinci dengan lase dan manik yang tentunya boleh dimakan.
Memetik Metro.uk, kek ini akan dipamerkan di Cake International London pada 16 hingga 17 April ini.

No comments:
Post a Comment