SIMPANG – Penduduk yang tinggal berhampiran Surau Al-Hidayah, di sini terkejut selepas pokok pisang yang ditanam di belakang surau berkenaan berbuah dalam keadaan pelik dan tidak mempunyai jantung.
Muazzin Surau Al-Hidayah, Mohamed Nordin Ashaari, 67, berkata, dia menyedari kejadian pelik itu tiga minggu lalu ketika meninjau kawasan belakang surau berkenaan.
Menurutnya, dia sering bercucuk tanam di kawasan surau terbabit kerana terdapat banyak ruang kosong yang boleh diusahakan.
"Pertengahan Januari lalu, saya tanam kira-kira 10 pokok pisang awak di belakang surau.
"Pokok lain tumbuh seperti biasa, tapi saya terkejut bila tengok satu dari pokok itu tumbuh agak pelik," katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.
Mohamed Nordin berkata, selama dia bercucuk tanam, tidak pernah lagi melihat kejadian seumpama itu.
"Ini kali pertama saya tengok pokok macam ini yang ditanam terus keluarkan buah tanpa jantung.
"Buahnya pula hanya lima biji dengan ketinggian pokok sekitar 30 sentimeter saja," katanya.
Katanya, walaupun pokok pisang ini mula mendapat perhatian penduduk, namun ia masih dalam keadaan baik kerana rata-rata yang datang hanya melihat dan mengambil gambar.
"Pada pandangan saya, ia mungkin sesuatu yang baik tambahan pula hidup dalam kawasan surau.
"Walaupun agak pelik, tapi ini kekuasaan ALLAH dan kita hargainya kerana bukan senang nak tengok kejadian seperti ini," katanya.
Tambahnya, kini pokok pisang yang sama mengeluarkan anak pokok lain.
“Mungkin anak pokok ini akan hidup sama seperti pokok-pokok yang lain,” katanya.
“Setiap satu kejadian itu, pasti ada hikmahnya dan ia adalah sebagai tanda kekuasaan ALLAH,” katanya.
Katanya, dia hanya akan membiarkan sahaja pokok pisang itu hidup, tambahan pula kini kelima-lima buahnya mulai masak.
“Dalam masa sama, saya dan penduduk sekitar juga gembira melihat kejadian pelik ini kerana ia jarang-jarang berlaku,” katanya.

No comments:
Post a Comment