Monday 23 May 2016

Isteri Amir Raja Lawak dah hamil?

Mendapat tahu yang isteri kepada Amir Raja Lawak, Nur Intan memetik portal mStar, mengadu kurang sihat, Amir sering kali menganggap isterinya berbadan dua.

Amir dalam pada yang sama kerao pergi ke farmasi untuk membeli 'pregrantest' untuk mencuba samada isterinya itu hamil atau tidak.
“Situasi ini (membeli alat ujian kehamilan) sudah beberapa kali terjadi tetapi hasilnya masih mengecewakan. Isteri saya tidak sihat bukan sebab hamil tetapi atas faktor cuaca panas melampau yang pernah melanda negara kita baru-baru ini.

“Saya akui mungkin perasaan teruja nak menimang cahaya mata membuatkan saya sering memikirkan isteri saya hamil setiap kali dia mengadu tidak sihat. Jujur saya katakan, saya sudah bersedia untuk menggalas tanggugjawab sebagai bapa.

"Namun sekiranya masih belum rezeki kami reda dan akan terus berusaha ke arah itu. Doa-doakan kami,” katanya

No comments:

Post a Comment