Friday, 6 May 2016

Miera Liyana akui rapat dengan anak menteri, tapi siapa?

Jarang muncul dengan drama terbaru, pelakon Miera Liyana kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan bersama seorang anak menteri.

Namun, pemilik nama Miera Leyana Kasmi itu menegaskan hubungan mereka tidak lebih sekadar rakan biasa dan beliau tidak pernah terfikir lagi untuk lebih serius dengannya

“Di usia 22 tahun ini, banyak perkara lagi saya perlu belajar. Soal cinta walaupun klise, saya lebih selesa berkawan dahulu tanpa ada sebarang ikatan,” ujarnya lapor Sinar Online

Mula mengenali lelaki berkenaan selepas terlibat dalam sebuah drama terbitan syarikat produksi milik anak menteri itu, Miera sehingga kini tidak menamakan identiti individu tersebut.

Baginya, beliau lebih selesa untuk memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pelakon terlebih dahulu sebelum menjalinkan hubungan dengan lebih serius.

Sebelum ini, Miera pernah putus cinta selepas menjalinkan hubungan bersama beberapa selebriti antaranya, Shahz Jaszle dan Afiq Muiz.

No comments:

Post a Comment