DUNGUN - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Dungun mengambil masa kira-kira 10 minit menangkap seekor ular sawa seberat kira-kira 30 kilogram dalam sebuah reban ayam di Kampung Tok Kah, di sini, Sabtu lalu.
Pegawai JPAM Dungun, Mohd Jefri Ibrahim berkata, reptilia berkenaan ditangkap ketika sedang berehat dalam reban ayam berkenaan selepas dipercayai membaham seekor kucing di sekitar kawasan kediaman penduduk.
"Dengan kepakaran serta kemahiran yang ada, anggota JPAM dapat menangkap ular sawa batik itu dengan agak mudah. Reptilia yang dianggarkan sepanjang dua meter itu akan diserahkan kepada pihak Zoo Negara atau dilepaskan ke habitat asalnya," katanya.

No comments:
Post a Comment