Friday 10 June 2016

Akim digelar lelaki dayus sebab tidak didik Stacy bertudung?

Stacy yang telah berkahwin dengan Akim dan seterusnya menjadi saudara baru Islam mendapat kritkan apabila sesetengah pihak yang mencop Akim seorang yang dayus kerana gagal mendidik Stacy lebih-lebih soal bertudung.

“Saya tahu ada pihak yang mendakwa bahawa saya seorang suami yang dayus kerana tidak menyuruh Stacy berhijab setelah beliau memeluk Islam. Bagi saya tohmahan sebegitu tiada asasnya kerana sebagai saudara baru dalam Islam, masih banyak yang perlu dia pelajari. Benar bertudung adalah tuntutan untuk wanita Islam, namun berilah Stacy masa”

“Tugas saya untuk mendidik dan membimbing Stacy mendalami agama Islam bukanlah sesuatu yang mudah. Janganlah sewenang-wenangnya melemparkan kata cacian yang tidak berasas kepada kami,” jelasnya kepada Berita Harian Plus

Baginya lagi, Stacy diibaratkan seperti kanak-kanak yang masih kecil yang perlu mempelajari banyak perkara didalam kehidupan sehariannya.

No comments:

Post a Comment