Tuesday 14 June 2016

Ameng Spring dibebaskan hari ini selepas 5 tahun dipenjara

Ameng Spring akan dibebaskan dari penjara Kluang, Johor pada hari ini selepas kira-kira lima tahun menjalani hukuman akibat penyalahgunaan dadah.

Sumber Jabatan Penjara berkata, pembebasan itu juga bergantung jika tiada apa-apa perintah yang menghalangnya oleh mahkamah atau mana-mana pihak berkuasa.

"Kami percaya Ameng yang mula ditahan di Penjara Kluang pada 13 April 2011 berusaha keras memperbaiki dan melengkapkan dirinya," ujar pihak penjara kepada mStar Online

Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen Melaka pada 12 April 2011 kerana kesalahan dadah.

Bagaimanapun hukuman itu dipendekkan atas disiplin dan contoh terbaik yang ditunjukkannya.

No comments:

Post a Comment