Monday 13 June 2016

Diana Danielle sanggup beli baju di pasar malam..

Agak mengejutkan apabila mengetahui yang Diana Danielle sanggup untuk membeli baju di pasar malam demi anak-anaknya disebabkan mahu menyimpan wang untuk masa hadapan mereka.

Agak musykil kerana setiap selebriti harus mementingkan imej dan penampilan mereka kepada peminat, tapi lain pula cara Diana ni kan.

“Saya tidak kisah jika terpaksa membeli baju di pasar malam asalkan saya tidak membazir wang. Ini kerana saya sudah puas mengecapi apa yang dikehendaki ketika zaman remaja dulu. Selepas ini jika teringin baju baharu, saya akan mendapatkannya di pasar malam sebab saya mahu simpan wang untuk masa depan anak-anak kerana ingin membelikan setiap mereka rumah.”

“Hari ini saya mencari rezeki untuk anak-anak. Jika dulu saya pakai barangan berjenama, tetapi kini semua itu bukan lagi keutamaan. Selepas Muhammad lahir, saya tidak lagi keluar membeli-belah untuk diri sendiri. Baju, beg dan kasut yang dibeli dulu masih boleh digunakan, tidak perlu membazir,” katanya kepada Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment