Monday 27 June 2016

Pelanggan berang! Sam Syatilla & Elle Zada jual baju Raya tak siap? PANAS



Dengarnya Pelakon, Shaheizy Sam dan isterinya Syatilla Melvin telah memulakan perniagaan menjual pakaian Raya 2016. Perniagaan ini adalah atas kolaborasi bersama dengan Butik terkenal Elle Zada.

Pelbagai cara permasaran telah dilakukan bagi melariskan jualan perniagaan baju raya tersebut. Akhirnya mendapat sambutan hangat oleh orang awam terutama peminat Shaheizy dan Syatilla.

Tetapi baru-baru ini, laman facebook Butik Elle Zada telah mendapat perhatian apabila didapati baju raya yang dijual oleh mereka tidak dapat disiapkan sehingga sekarang.

Agen dan Pembeli pakaian raya tersebut telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila janji untuk menyiapkan pada tempoh yang ditetapkan tidak dapat ditunaikan.

Malah pembeli yang telah membuat pra-tempahan pada bulan Februari masih belum diterima sehingga sekarang.

Berikut adalah antara komen-komen yang diluahkan oleh para pembeli.
Baca lagi »

No comments:

Post a Comment