Antara kemudahan Taman Tema Air di Gold Coast Melaka di Bukit Katil.
MELAKA - Pusat peranginan bertaraf antarabangsa Gold Coast Melaka yang terletak di Bukit Katil, di sini, dijadual akan membuka kemudahan taman tema airnya pada sebelah malam selepas Aidilfitri tahun ini.
Pengurus Besarnya, Wang Chen Yee berkata, bagi tujuan itu kemudahan taman tema sedia ada akan dinaik taraf sepanjang Ramadan ini termasuk menambah keceriaan dari segi hiasan lampunya agar kelihatan menarik pada waktu malam.
Beliau berkata, Pusat Peranginan Gold Coast Melaka mencatatkan lebih 20,000 pengunjung sebulan termasuk pelancong luar negara sejak ia mula dibuka kepada orang ramai pada Disember 2014.
“Sebelum mengambil alih daripada pengurusan lama, resort ini sudah terbengkalai selama tujuh tahun dan bagi saya ia adalah satu pelaburan yang sangat baik.
“Daripada sebuah kolam yang kecil kita telah bangunkan kawasan ini serta menaik taraf kemudahan di taman tema air ini termasuk kolam renang sebagai daya tarikan buat pengunjung,” katanya kepada media sempena Hari Keluarga Media Melaka anjuran resort berkenaan, baru-baru ini.
Chen Yee berkata, setakat ini sudah lebih RM50 juta dibelanjakan bagi menaik taraf serta membaiki kemudahan sedia ada di resort berkenaan.
“Kita menjangkakan menjelang Oktober nanti kesemua kemudahan yang dinaik taraf akan siap sepenuhnya dan bersedia menantikan kunjungan pengunjung ke sini," katanya.

No comments:
Post a Comment