ITULAH serangkap bait lagu Getaran Jiwa ciptaan seniman terkemuka negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang dicipta bagi filem yang dilakonkannya, Antara Dua Darjat pada 1960.
Jika kita mengungkap bait lagu tersebut, anda mungkin dapat merasakan lirik lagu itu amat indah dan sangat puitis. Itulah kelebihan dimiliki Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh, nama sebenar P Ramlee.
Penggunaan lirik di dalam setiap lagu P Ramlee adalah ringkas dan mudah diingati oleh peminatnya. Meskipun lirik lagunya pendek, namun P Ramlee sangat menitikberatkan susunan muzik pada setiap karyanya.
Liriknya yang tersusun sambil diiringi kemerduan alunan bunyi daripada alat muzik yang dimainkan membuatkan karya P Ramlee sangat digemari, tidak kira kaum atau agama.
Kebanyakan lagunya berentak tradisional. P Ramlee mendalami genre itu kerana mahu memupuk masyarakat supaya menyayangi serta menghargai warisan muzik yang dimiliki oleh masyarakat Malaysia.
P Ramlee sentiasa memupuk rasa kecintaan terhadap muzik tradisional ke dalam sanubari kita.
“Kalau kita tidak semai muzik tradisional ke dalam anak muda kita, nescaya satu hari nanti, muzik lain akan ambil tempat kerana di dada mereka kosong, tiada apa-apa.
“Sama juga macam kita ajar agama pada anak-anak kita. Walaupun dia belajar di peringat tinggi, namun mereka akan jarang tukar agama kerana agama yang diajar oleh ibu bapanya, tersimpan di dalam dadanya.
“Begitu juga muzik. Dengan adanya muzik (tradisional), muzik lain tidak boleh mempengaruhi jiwa mereka,” katanya yang dipetik dari sebuah program tv mengenai insan seni ini.
Walaupun sudah 43 tahun P Ramlee sudah meninggalkan kita, lagunya masih dinyanyikan oleh masyarakat dan juga diputarkan di beberapa stesen radio di negara ini.

No comments:
Post a Comment