SELEPAS kali terakhir muncul menerusi filem epik, Dragon Blade tahun lalu, pelakon aksi terkenal, Jackie Chan kembali mempertaruhkan sebuah filem baharu, Skiptrace yang juga merupakan idea asal darinya.
Chan dalam satu temu bual sebelum ini mendedahkan pembikinan Skiptrace merupakan impiannya sejak 30 tahun lalu.
Pertemuannya bersama pengarah, Renny Harlin dalam satu majlis akhirnya merealisasikan impiannya itu.
Memegang watak utama sebagai anggota polis bernama Bennie Chan, Chan berganding bersama pelakon Hollywood, Johnny Knoxville.
Selain itu, antara lain yang membintangi filem ini adalah Fan Bingbing, Leo Ku, Eric Tsang, Michael Wong dan Eve Torres.
Skiptrace mengisahkan Bennie Chan adalah seorang anggota polis Hong Kong yang berusaha mencari penjenayah paling dikehendaki, Matador.
Apatah lagi, Matador telah membunuh rakan baiknya dalam suatu insiden sembilan tahun lalu.
Kerana amanah, Chan telah menjaga anak rakannya itu, Samantha yang sudah dianggap seperti anak sendiri.
Bagaimanapun suatu insiden berlaki menyebabkan dia bertemu dengan Connor Watts (Knoxville), seorang penipu dan kaki perempuan.
Kerana Samantha, mereka menempuh perjalanan yang berisiko tetapi menyeronokkan merentasi beberapa negara.
Pada pandangan penulis, tarikan utama filem ini adalah penggambaran di beberapa buah lokasi menarik melibatkan Macau, Hong Kong, Mongolia dan banyak tempat lain lagi.
Chan bukan sahaja menampilkan aksi-aksi menarik untuk tatapan penonton, tetapi juga tempat serta budaya menarik yang diselitkan di dalam filem ini.
Gandingannya bersama Knoxville juga tidak mengecewakan, biarpun ada ketikanya Knoxville cuba untuk menjadi seorang pelakon yang mempunyai sikap humor secara semulajadi.
Bagi penulis, pengembaraan mereka secara tidak langsung memberi banyak mesej berguna dan dalam masa yang sama amat menghiburkan.
Filem ini juga lain dari lain kerana tidak memberi fokus terhadap pihak berkuasa semata-mata.

No comments:
Post a Comment