KOTA BHARU - Seekor ular sawa lekir seberat 100 kilogram yang masih hidup tewas apabila berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) daerah Kota Bharu di sini.
Pegawai Latihan dan Operasinya, Mohd Safian Ibrahim berkata, ular sawa sepanjang enam meter tersebut dipercayai sesat dan memasuki rumah seorang penduduk di Kampung Kor empat hari lalu.
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan telefon jam 4.14 pagi yang memaklumkan menemui seekor ular besar di ruang dapur rumah berkenaan.
“Ular tersebut bertindak agresif, jadi dua anggota kita terpaksa mengambil masa sehingga 10 minit untuk menangkap dan membawanya keluar.
“Biasanya dalam dua atau tiga minit sudah boleh siap,” katanya kepada media di pejabat Operasi 999, JPAM Tunjong, hari ini.
Mohd Safian berkata, operasi berkenaan berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kecederaan berlaku.
Katanya, setakat ini ular seberat 100 kilogram yang mampu menelan seekor kambing itu adalah paling besar berjaya tangkap di kawasan Kota Bharu dan akan diserahkan kepada Jabatan Perhilitan untuk dilepaskan ke Hutan Simpan.
Dalam masa sama, ketika musim cuaca panas, Mohd Safian turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak bertindak terburu-buru apabila terserempak dengan haiwan berbisa.
Terus hubungi talian bebas tol 999, katanya, dan jangan sesekali cuba mengusik haiwan berbisa yang ditemui sebelum pegawai JPAM tiba di lokasi kejadian.
Tambahnya, dalam cuaca sebegini ular yang berada di dalam kawasan semak dan belukar akar keluar dari habitatnya untuk mencari kawasan lembap.
Berdasarkan statistik, Mohd Safian berkata, bermula Januari hingga Julai tahun ini sebanyak 814 kes tangkapan ular dicatatkan.
Katanya, ular sawa dan ular tedung antara spesies reptilia yang paling banyak ditangkap.

No comments:
Post a Comment