KOWLOON - HONG KONG. Sebagaimana diketahui umum, Hong Kong merupakan antara kotaraya  paling tinggi kosnya untuk didiami, bahkan menyewa bilik sebesar tandas sahaja harganya sudah mencecah RM1,000 sebulan.
Terbaharu, sebuah video menunjukkan proses tawar menawar yang dilakukan seorang penyewa dengan pemilik bilik tersebar di media sosial.
Bilik tersebut ditawarkan sekitar RM1,000, sedangkan, ruang bilik itu hanya berukuran 155 cm x 135 cm.
Oleh kerana harga yang ditawarkan terlalu mahal, netizen mengkritik harga sewaan tersebut, menurut mereka harga tersebut keterlaluan dengan fasiliti ruangan berukuran sebesar  tandas.
"Untuk mandi sahaja sukar, apatah lagi untuk menjadi kediaman menginap," demikian luah netizen.
Namun, itulah harga di kota termahal di dunia itu.
Demi tuntutan hidup membuatkan ramai orang berhijrah ke kota besar untuk mencari sesuap nasi dan rela hidup susah di kota.