Monday 22 August 2016

Elyana bakal bertudung, ini cara Elyana belajar....

Elyana mengakui mula membiasakan diri memakai tudung setiap Jumaat sejak tiga tahun lalu. Elyana berkata beliau membiasakan diri mengenakan tudung pada hari mulia berkenaan dalam usaha melangkah ke depan sebagai wanita Muslim yang lebih baik.

"Memang setiap hari Jumaat saya akan memakai tudung. Tambah pula saya mempunyai kelas mengaji pada hari berkenaan.

"Bukanlah hendak berlatih, tetapi Insya-Allah ia adalah langkah pertama ke arah kebaikan. Alhamdulillah, saya selesa setiap kali berbuat demikian. Lagipun, adik-beradik saya semuanya sudah bertudung," katanya yang dihubungi BH Online.

No comments:

Post a Comment