JEDDAH - ARAB SAUDI . Beliau dilahirkan dengan kekurangan pancaindera penglihatan, tetapi beliau masih boleh mendengar dan menghafal al-Quran melalui radio.
Menurut Arab News, Mohammad Tahir membelikan radio kerana tahu anaknya Hussein, 5 tidak dapat menikmati siaran televisyen seperti kanak-kanak lain.
Mohammad juga mengunci siaran radio kepada siaran melibatkan bacaan al-Quran supaya anaknya akan meminati kitab suci tersebut.
Hussein mula mendengar siaran radio al-Quran tersebut ketika berumur dua tahun dan mengambil masa tiga tahun untuk menghafalnya.
Mohammad memberitahu beliau membawa Hussein berjumpa beberapa guru al-Quran dan diberitahu anaknya benar-benar menghafal isi kandung kitab suci berkenaan.
Mohammad kemudian mendaftarkan Hussein ke program hafazan al-Quran khas untuk golongan OKU (Orang Kurang Upaya) supaya anaknya mampu menyempurnakan bacaannya lagi.
"Kebolehan luar biasa Hussein membuatkan saya lupa segala kepayahan yang dihadapi sejak dilahirkan," kata Mohammad sambil mengucapkan kesyukuran.