AMRITSAR - INDIA. Seorang lelaki mengaku makan lebih 40 bilah pisau kerana gemar akannya.
Lelaki itu dikejarkan ke hospital dan sepasukan pakar bedah berjaya mengeluarkan bilah pisau berkenaan dari perut selepas dia mengadu sakit perut.
Lelaki yang bekerja sebagai pegawai polis itu mengaku makan peralatan yang diperbuat daripada besi itu sejak dua bulan lalu kerana sering berasa teringin makan sesuatu daripada besi.
"Saya rasa seperti mahu makan pisau dan saya memakannya," ujar lelaki itu dipetik Times Of India selepas melakukan prosedur pembedahan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Hospital Korporat di Amritsar, Dr Jatinder Malhotra berkata, ini bukanlah kes biasa dan pesakit berada dalam keadaan stabil selepas pembedahan.
"Kaedah imbasan x-ray digunakan untuk mengenalpasti apa yang terdapat dalam perut lelaki berkenaan dan masih terkejut kerana mengeluarkan lebih 40 bilah pisau," ujarnya.
Masih tidak diketahui, sebab lelaki berkenaan mempunyai keiginan makan objek logam tetapi boleh dikategorikan sebagai gangguan Pica.
Pesakit yang mempunyai simpton Pica biasanya akan gemar makan bahan-bahan pelik.