Sunday 7 August 2016

Punca Afdlin Shauki boikot FFM28 (3 gambar)

Pelakon dan pengarah Afdlin Shauki memboikot Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM28), mendapat sokongan netizen.

Dalam status di Facebook, kata Afdlin, dia berbuat demikian kerana berpendapat berlakunya ketidakadilan dalam pengiktirafan karya seni di FFM.

Afdlin turut mengirimkan ucapan selamat berjaya buat mereka yang bertanding.

Menerusi pemerhatian, rata-rata pengikut Afdlin merasakan ia tindakan yang patut diambil, susulan tindakan penganjur FFM28 yang membahagikan kategori Lakon Layar dan Pengarah Terbaik kepada dua kategori, iaitu bahasa Malaysia dan bukan bahasa Malaysia.

Kata mereka, sudah tiba masanya langkah drastik diambil, dan suara anak seni paling penting kerana FFM mempertaruhkan karya mereka. -Astro Awani
Baca lagi »

No comments:

Post a Comment