Thursday 8 September 2016

Dona Muslim, Rita Rudaini bercinta?

Dengar gosip yang pengacara HLive, Dona Muslim dikatakan mesra dengan pelakon, Rita Rudaini. Namun kemesraan mereka dinafikan oleh Rita dimana Rita menganggap Dona sebagai kawan sahaja.
"Kami berdua hanya berkawan sahaja, namun di antara rakan-rakan artis yang saya kenali, saya selesa bersama Rita kerana dia banyak membimbing saya. Dan perkara itu juga membuatkan saya respek kepadanya.

"Saya kenal Rita sejak tahun lalu lagi dan mula selesa berkawan sejak saya terbitkan program LePaknil. Pada ketika itu Rita merupakan artis undangan bagi program tersebut," ujarnya.
Ditanya pula respon Donna apabila Rita memanggilnya sebagai 'boyfriend' menerusi ruangan komen Instagram rakan mereka berdua, ini jawap Donna;
"Saya tak anggap itu sebagai satu perkara yang serius, mungkin Rita bergurau sahaja. Sejujurnya Rita ini orangnya susah nak berkawan dengan lelaki, jadi apabila dia panggil saya macam itu, maknanya saya adalah kawan lelakinya," kata Rita memetik MediaHiburan

No comments:

Post a Comment