Wednesday 7 September 2016

Soal zuriat, ini komen Sam dengan Syatilla..

Pasangan selebriti, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin yang berkahwin pada bulan Februari lalu kini hanya berserah kepada Allah atas soal zuriat mereka, memandangkan belum ada petanda-petanda Syatilla kini berbadan dua.

“Soalan dia sama sahaja, kalau belum kahwin orang akan tanya bila nak kahwin, kalau sudah kahwin orang akan tanya bila nak ada baby. Kita tak tahu, semuanya rezeki,” kata Sam.

Bagi Syatilla pula, dia berkata mungkin tahun depan sekiranya dikurniakan rezeki untuk memperolehi zuriat. Sebelum ini, Sam dan Syatilla juga pernah menyatakan bahawa mereka mahukan cahaya mata dalam waktu terdekat.

“Mungkin tahun depan kita rancang, kalau ada rezeki adalah,” kata Syatilla sambil tersenyum

No comments:

Post a Comment