Sunday 13 November 2016

Isteri Nubhan hamil anak sulung (gambar scan kandungan)

Isteri Nubhan Ahmad, Afifah Hidayah dikhabarkan kini sedang hamil anak pertama akan sulung mereka. Berita ini dikhabarkan sendiri oleh Nubhan di Instagram miliknya dengan menunjukkan gambar imbasan perut.

“Alhamdulillah, rezki Allah! Doakn yg terbaik buat kami ya. Baby tu malu-malu lagi,” tulisnya menerusi akaun Instagram

Sebelum ini isteri Nubhan pernah mengalami musibah keguguran ketika kandungan berusia tujuh minggu. Bagaimanapun, doa mereka untuk menimang cahaya mata ketika berkunjung ke kota Suci, Mekah baru-baru ini nampaknya termakbul.

No comments:

Post a Comment