Tuesday 15 November 2016

Johan Asari mengakui bercinta dengan Wan Sharmila TAPI

Dengar gosip yang Johan As’ari kini sedang rapat dengan Wan Sharmila selepas kedua-duanya menjalani penggambaran drama Jejak Karmila.

Johan tidak menafikan hal itu dan mengakui yang dia bercinta lokasi bersama Wan Sharmila, namun sekadar menghayati watak untuk drama tersebut dan tidak terbawa-bawa dengan perasaan sehingga di luar set penggambaran.
Memang benar kami melalui cinta lokasi, tetapi jangan cepat membuat andaian. Ia hanya dalam babak Jejak Karmila, bukannya terbawa-bawa di luar set. Malah kalau ikutkan babak berdua dengannya cuma tiga hari.

Kalau tersebar kisah kami bercinta, itu tandanya penghayatan kami ‘menjadi’. Selepas penggambaran berakhir pula, saya dan Wan Sharmila cuma keluar minum sekali saja. Itupun kami pergi bersama beberapa kawan lain. -kata Johan memetik BhOnline

No comments:

Post a Comment