Monday 28 November 2016

Rampas telefon bimbit, ini komen pedas Ayda Jebat..

Penyanyi, Ayda Jebat menyelar tindakan pengawal yang bertindak merampas telefon bimbit ketika sedang berselfie bersama bintang Running Man, Lee Kwang Soo sebagai tidak beradab.

Ayda menerusi laman twitternya pada Sabtu meluahkan rasa marah dan berpendapat pihak yang menjaga keselamatan selebriti luar itu perlu bertimbang rasa dan menghormati orang yang ingin bergambar.

Ayda bersama beberapa rakan artis lain iaitu Ajak Shiro, Saharul Ridzwan dan Hairul Azreen terlibat dalam program Running Man Challenge – hydrated by 100PLUS Malaysia with Lee Kwang Soo yang berlangsung di Paradigm Mall, Sabtu. - mStarOnline
Baca lagi »

No comments:

Post a Comment