LOS ANGELES - AMERIKA SYARIKAT . Selepas kejayaan usahawan terkenal dunia, Donald Trump memenangi pilihan raya Amerika Syarikat (AS), seorang ahli gusti pula menyuarakan minatnya untuk bertanding jawatan Presiden AS pada tahun 2020.
Menurut laporan Reuters, bintang gusti profesional dan juga bintang filem, Dwayne 'The Rock' Johnson, 44, tidak menolak kemungkinan beliau bertanding dalam pilihan raya.
Perkara tersebut disuarakan beliau dalam satu sidang media filem terbaru beliau di Los Angeles baru-baru ini.
"Saya sayang negara saya. Saya sangat-sangat patriotik dan saya rasa daya kepimpinan tu sangat penting, dan kepimpinan yang dihormati adalah sangat penting," kata bintang filem francais popular, 'The Fast and The Furious' tersebut.
Ditanya samada beliau menyasarkan jawatan presiden di White House, Dwayne tidak menafikan yang beliau mungkin akan bertanding pada masa hadapan.
"Kalau saya rasa saya boleh menjadi seorang pemimpin yang efektif kepada kita semua dan dikelilingi pemimpin-pemimpin hebat yang lain, ya, sudah tentu (saya akan bertanding).
"Saya rasa puas apabila berjaya menyeru orang ramai berbuat kebaikan dan terus menyeru mereka, sambil menyuruh diri saya sendiri (untuk berbuat baik), kerana saya buktikan apa yang saya perkatakan," kata Dwyane lagi.
Jika The Rock benar-benar 'terjun' ke arena politik, beliau akan tidak akan menjadi selebriti pertama berbuat demikian.
Bintang fikem aksi, Arnold Schwarzenegger kini bertugas sebagai gabenor parti Republikan di California, manakala seorang lagi ahli gusti profesional, Jesse 'The Body' Ventura, kini bertugas sebagai gabenor di Minnesota.