Wednesday 14 December 2016

Anak Fasha Sandha sedih ibunya pergi bekerja...


Anak sulung Fasha Sandha yang berusia 3 tahun,Putra Rayfal Ramli sedih hingga menangis melihat ibunya pergi keluar bekerja sekejap atau menjalani penggambaran di luar.

Fasha berkata anaknya tidak membenarkan dia keluar bekerja kerana merinduinya dan selalu ingin bersama pelakon utama siri, Lara Aishah tersebut.
"Saya menjalani penggambaran Lara Aishah hampir lapan bulan dan jadual kerja saya agak padat sepanjang tahun ini.

"Anak saya terutama Rayfal juga sudah mula perasan kesibukan saya yang sering keluar bekerja mencari rezeki.

"Pernah sekali itu ketika di set penggambaran, saya membuat panggilan video dengan Rayfal dan dia menangis kerana mahukan saya serta merindui saya.

"Dia (Rayfal) seorang budak yang bijak dan sudah pandai bercakap, katanya tidak mahu saya bekerja dan mahu saya sentiasa bersama dengannya.

"Dia beberapa kali beritahu tak beri saya keluar bekerja kerana katanya dia tak perlukan duit tetapi dia hanya perlukan saya sahaja. Sedih juga melihatnya.

"Saya sedar saya kuat mencari duit sepanjag tahun ini tetapi semua untuk anak-anak saya. Namun bila dengar luahan dia, saya akan cuba berehat selepas tamat penggambaran Lara Aishah ini dan mula bekerja kembali awal tahun hadapan," katanya kepada Astro Gempak.

No comments:

Post a Comment