Saturday, 3 December 2016

Deen Hot FM akhiri zaman bujang

Lapan tahun menyulam cinta, penyampai radio Hot FM, Deen atau nama sebenarnya, Nordin Madian, 28, mengakhiri zaman bujangnya dengan Siti Nur Warda Aminuddin atau Warda pada jam 5 petang semalam di Alor Setar.

Dengan dua kali lafaz, pasangan yang dinikahkan oleh Naib Imam Masjid Zahir, Md Isa Abdul Rahman, sah menjadi suami isteri pada majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ghufran, Persiaran Sultan Abdul Hamid, Taman Sultan Badlishah.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin RM2,000 berserta tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan dulang oleh pengantin perempuan. Deen turut menyerahkan wang hantaran sebanyak RM 8,000.

Deen yang mengendalikan segmen Jam Hot bersama Issey dan Ammar. -BharianOnline

No comments:

Post a Comment