Thursday 22 December 2016

Hubungan Neelofa-Vie Shantie renggang?

Neelofa menafikan hubungan baiknya dengan Vie Shantie Khan, dingin gara-gara penghasilan koleksi 'mesra solat'. Malah, pengacara Meletop itu menegaskan kedua-duanya masih baik seperti biasa dan pernah berjumpa dalam sebuah acara, baru-baru ini.

"Hubungan kami masih seperti biasa dan macam sedia kala. Baru-baru ini, kami berjumpa dalam sebuah jamuan makan dianjurkan jemaah haji yang turut serta dengan kami dulu.

"Kami memang tiada masalah. Malahan saat bermesej, saya sendiri gemar menyebut perkataan 'I Miss You' selain mengajaknya keluar berjumpa," kata Neelofa memetik BharianOnline

Akhbar BH Plus Isnin lalu kononnya perhubungan baiknya dengan bekas isteri Datuk Eizlan Yusoff itu terkesan gara-gara penghasilan koleksi 'mesra solat'. Kononnya, idea asal koleksi terbabit adalah daripada Vie yang juga pemilik jenama VHijrah, namun Neelofa yang terlebih dulu mengeluarkan pakaian muslimah berkenaan.

No comments:

Post a Comment