Monday 12 December 2016

Isteri Adi 6ixth Sense hamil, usia kandungannya kini...

Setahun bergelar suami, vokalis kumpulan 6ixth Sense, Adi bersyukur kerana kehidupannya semakin teratur, malah lebih bermakna apabila isterinya, Natasyah Ahmad kini hamil tiga bulan.

Adi mengakui kehidupannya juga semakin sempurna sejak bertemu jodoh dengan wanita yang berasal dari Sabah itu, membuatkan dirinya tidak sabar menanti detik untuk menjadi bapa.

"Alhamdulillah, tidak lama lagi kehidupan kami akan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Saya tidak kisah apa jantina anak, memadai andai nanti dilahirkan sempurna dan sihat," katanya.

No comments:

Post a Comment