"Saya tidak pernah membuka mulut berhubung perkahwinan kami selepas berkahwin. Saya faham sangat, suami tidak selesa berkongsi kisah peribadi untuk tatapan umum.
"Bagaimanapun, lebih lama kami mendiamkan diri, terlalu banyak spekulasi yang timbul sejak kami berkahwin.
"Mungkin langkah ini agak berat tetapi apabila terserempak dengan wartawan hari ini, saya tidak boleh melarikan diri. Saya harus mempertahankan rumah tangga saya yang diperkatakan ramai,"
"Selepas beberapa bulan berkahwin, suami mengambil langkah mempertemukan kami. Alhamdulillah, hubungan kami baik.
"Kerap juga kami bertemu dan selalu berhubung untuk bertanya khabar. Saya menepis tanggapan sesetengah pihak hubungan kami keruh," katanya. Norshahida berkata, beliau dan Aida faham tanggungjawab masing-masing.
"Apabila suami berada bersama Aida, saya tidak akan mengganggunya, begitu juga Aida.
"Bagaimanapun, saya tidak menafikan ada sesetengah pihak seperti mahu melaga-lagakan kami. Saya sebagai isteri muda seharusnya lebih banyak beralah serta menjaga hati suami dan Aida,"
"Saya tidak tahu saya hamil. Saya seorang yang aktif berbasikal dan bersenam. Saya hanya sedar diri hamil apabila mula mabuk menaiki kenderaan. Namun, keadaan itu tidak lama apabila saya keguguran," katanya.
Thursday, 29 December 2016
Isteri ke-2 Adi Putra perjelaskan isu rumahtangga, pernah keguguran..
Gosip mengatakan yang rumahtangga Adi Putra daripada perkahwinannnya ke-2 bergolak mendapat reaksi isteri ke-2 Adi, Norshahida Zolkifli sejak enam bulan mendirikan rumahtangga. Selain daripada rumahtangganya, beliau juga pernah mengalami keguguran beberapa bulan lalu.
Labels:
Gosip
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment