Sunday, 25 December 2016

Juliana Evans bakal menamatkan zaman bujang, kahwin pada...

Pasangan Juliana Evans dan kerabat diraja yang dikenali sebagai Tengku A dikatakan bakal menamatkan zaman bujang mereka tidak lama lagi. Malah persiapan juga kini sedang rancak dilakukan kedua belah pihak.

“Miss K dapat tahu artis jelita berwajah kacukan itu sekarang ini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan dengan kerabat di raja Selangor itu. Khabarnya, kain pasang sudah siap diedarkan. Baik di pihak perempuan mahupun kaum kerabat terdekat pihak lelaki”

“Tambah sumber Miss K itu lagi, Juliana atau mesra dengan panggil Ju itu akan terus melangsungkan perkahwinan dengan Tengku A dan tidak ada majlis pertunangan,” tulisnya menerusi ruangan Miss K di portal Astro Gempak mengenai perkara tersebut.

Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai majlis bersejarah pasangan ini tidak dapat dipastikan.

No comments:

Post a Comment