Friday 23 December 2016

Norish Karman dedah kenapa dia jadi pembaca berita Bernama

Norish Karman menolak dakwaan kononnya dia memilih untuk menjadi penyampai berita di saluran Bernama News Channel disebabkan sudah tidak mempunyai tawaran berlakon.

Norish sebaliknya berkata, keputusannya itu kerana didorong perasaan minat selain pernah mempunyai pengalaman sebagai pembaca berita ketika berusia 18 tahun di negara kelahirannya iaitu Singapura.
"Mungkin ramai yang tidak tahu tetapi saya pernah bertugas sebagai pembaca berita ketika berusia 18 tahun di Singapura.

"Bidang penyiaran sentiasa berada dekat dihati saya dan kembalinya saya sebagai pembaca berita di BNC bukan kerana kerjaya lakonan sudah malap tetapi kerana minat.

"Saya mahu lakukan sesuatu yang baharu dalam karier saya dan Alhamdulillah BNC membuka peluang kepada saya," katanya kepada mStar Online.

No comments:

Post a Comment