PUERTO CARRENO - COLOMBIA. Sebuah pesawat kargo jenis Boeing 727-200 milik Aerosucre terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang German Olano.
Menurut laporan Flight Global, pesawat penerbangan HK4544 berkenaan memperolehi altitud sebelum melanggar pagar besi dan terhempas.
Lima kru penerbangan disahkan terkorban manakala seorang lagi ditemui masih hidup dan cedera parah.
Kejadian tersebut juga berjaya dirakam oleh orang awam dan video berkenaan kini viral di laman sosial dan laman video Youtube.