Tuesday 27 December 2016

Tahniah! Hafidz Roshdi bakal bergelar ayah

Dapat tahu yang Hafidz Roshdi dikhabarkan bakal bergelar bapa tidak lama lagi. Isterinya sudah menunjukkan tanda-tanda sedang berbadan dua seperti mual-mual dan muntah-muntah.

Namun menurut pelakon kacak ini dia belum berkesempatan untuk membawa isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri untuk berjumpa dengan doktor.
"Barangkali, dalam waktu terdekat saya akan membawanya untuk bertemu doktor. Keluarga saya terutama ibu bapa sudah mengesahkan bahawa dia sudah hamil apabila melihat keadaan dia sekarang," katanya kepada Kosmo Online.

No comments:

Post a Comment