Tuesday 27 December 2016

Zain hanya menumpang populariti, kemewahan Che Ta?

Suami kepada Rozita Che Wan (Che Ta), Zain Saidin sering dikatakan yang dirinya hanya menumpang populariti dan kemewahan isterinya itu.

Timbul persoalan dikalangan peminatnya menayakan, apakah pekerjaan sebenar Zain dengan kehidupannya kini yang sering berpaut pada isterinya.

"Saya dengan Che Ta memang bagai langit dan bumi. Saya suaminya, tetapi dari dalam banyak hal, dia memang kelihatan lebih daripada saya. Itu adalah hal yang tak dapat saya nafikan sama sekali. Memang Che Ta banyak membantu dalam soal kewangan keluarga kami.

Sebagai suami, saya juga ada misi untuk keluarga di mana kalau boleh, saya sendiri mahu sara isteri dan anak. Impian saya, mereka tak perlu lagi bekerja suatu hari nanti. Cuma buat masa sekarang, rezeki Che Ta tengah hebat, kenapa perlu disekat-sekat? Saya sendiri sedar perlu kena berusaha lebih keras dan kalau orang masih mahu bercakap mengenai saya sekali pun, saya tak boleh buat apa, biarkanlah mereka asalkan saya tahu apa yang saya buat.

Tak patutlah kata saya menumpang Che Ta kerana orang lain pun tahu yang saya juga ada kerjaya sendiri. Ya, saya tak menyerlah dalam bidang lakonan, malah saya juga sudah kurang untuk berlakon. Tetapi tak bermakna saya tak ada kerja.

Saya usahakan ZapatoS dan saya akui, tak pandai nak cari media untuk raih publisiti. Bukan saya ego, tetapi saya segan dan tak nak orang nampak saya lemah terhegeh-hegeh cari media. Melainkan kalau saya dipanggil atau diminta untuk hadir sesi fotografi, saya akan kejar peluang dan pergi. Che Ta pula beruntung kerana apa sahaja yang dilakukan, ramai yang memang akan ambil tahu dan itu satu kelebihan dia." -kata Zain memetik UtusanOnline

No comments:

Post a Comment