DUNGUN - Renjatan elektrik sudah tentu menyakitkan tetapi ramai tidak mengetahui melalui elektrik juga mampu merawat pelbagai penyakit termasuk masalah penagihan dadah.
Menggabungkan sains dan kaedah rawatan perubatan Islam, rawatan zikir elektrik digerakkan oleh pusat rawatan Al-Fitrah yang mengadakan “Road Show” di sekitar Ketengah Jaya, di sini, baru-baru ini mendapat sambutan di luar jangka.
Rawatan perubatan Islam yang dilakukan ke atas pesakit juga adalah secara percuma atau mereka boleh membayar mengikut kemampuan dan hanya bayaran berpatutan dikenakan untuk kaedah rawatan zikir elektrik.
Pengasasnya, Hamdan Abdullah berkata, rawatan yang dilakukan ialah menerusi keunikan terapi zikir elektrik dan tiada barang lain kecuali wayar untuk mengalirkan aliran arus elektrik ke tubuh badan pesakit.
Menurutnya, bukan sekadar merawat pelbagai penyakit, tetapi sasaran utama rawatan adalah untuk mengatasi masalah sosial khususnya penagihan dadah.
“Saya sudah berpengalaman selama 15 tahun dalam bidang rawatan Islam tetapi terapi zikir elektrik mula dilakukan sejak setahun lalu.
“Rawatan Islam Al-Fitrah berpusat di kampung Padang Tembesu, Tumpat, Kelantan dan kami sudah menjelajah ke seluruh pelosok untuk membantu orang ramai," katanya.
Hamdan berkata, pihaknya akan cuba merawat apa sahaja jenis penyakit termasuk sakit-sakit biasa seperti sakit kepala, lutut, sendi dan pelbagai lagi sehinggalah penyakit kronik.
“Banyak pesakit yang berjaya disembuhkan termasuk ada yang tidak boleh berjalan dan selepas dirawat dia boleh bergerak serta berjalan seperti biasa.
“Pelbagai golongan juga pernah dirawat termasuk bertaraf dari istana, VVIP hingga orang biasa. Alhamdulillah setakat ini gabungan kaedah rawatan Islam dan zikir terapi elektrik menunjukkan kesan positif,” katanya.
Beliau yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar Mesir berkata, rawatan yang dilakukan adalah dakwah untuk membantu memulihkan kesihatan masyarakat dan mengatasi masalah moral.
“Ramai masyarakat sekarang percaya kepada bomoh yang boleh menyebabkan mereka tersasar dan mensyirikkan ALLAH.
“Oleh itu rawatan kita hanya berasaskan ayat suci al-Quran dan digabungkan pula dengan terapi zikir elektrik.
“Zikir terapi elektrik tidak sakit dan alirannya adalah secara perlahan serta pada masa sama diiringi zikir. Ia akan membuatkan pesakit berasa tenang dan kesannya lebih cepat," katanya.
Katanya, terapi zikir elektrik mampu melancarkan darah, menghapuskan kolesterol dan lemak serta menghidupkan saraf.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengah, Felda Kerteh 2, Yusoff Mamat berkata, kunjungan pengasas rawatan yang mesra dipanggil ustaz Hamdan sangat dialu-alukan kerana ia amat bermanfaat untuk penduduk dan dia sendiri telah mencubanya.
“Ramai penduduk kampung yang mengalami masalah sakit lutut, sendi dan sukar untuk solat tetapi selepas menjalani rawatan zikir elektrik, Alhamdulillah ia menunjukkan kesan positif.
“Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan jika rawatan dibuka jam 2.30 petang ia akan berlarutan sehingga lewat malam.
“Mungkin pada awal Januari ini rawatan akan diteruskan lagi di kawasan Ketengah Jaya dan membantu lebih ramai pesakit,” katanya.

No comments:
Post a Comment