Fattah akui masih lagi berkawan dengan Neelofa dan hubungan mereka baik-baik sahaja. Buat Fattah, beliau enggan lagi membangkitkan apa yang telah terjadi sebelum ini.
"Hubungan kami baik-baik sahaja dan masih berkawan. Itu sahaja yang boleh saya katakan buat masa ini. Tentang cerita masa lalu, saya tak mahu ungkit dan tak mahu ulas walaupun saya tahu ramai yang membuat andaian sendiri sekarang ini apabila bercakap soal hubungan kami.
Kalau nak cakap tentang cerita yang bertebaran, belum tentu semua itu benar! Sekarang semua orang mahu jadi yang pertama mendedahkan sesuatu berita. Tak mengapalah asalkan tidak memberikan kesan buruk kepada kami." kata Fattah memetik sumber
No comments:
Post a Comment