SALFORD - UNITED KINGDOM. Seorang pelanggan Tesco meminta agar pasar raya tersebut mengharamkan pemakaian baju tidur ke situ setelah menunjukkan bukti gambar dua orang wanita berpakaian sedemikian.
Chris Cooke menulis satu aduan di Facebook Tesco mendakwa ia kelihatan menjijikkan apabila melihat wanita tersebut berpakaian tidur berwarna merah jambu dan hanya berselipar.
“Kepada pihak Tesco, sila letakkan peraturan khusus bahawa orang sebegini tidak akan dilayan di pasar raya anda.
“Takkanlah mereka tidak mempunyai masa untuk menukar baju sewaktu ingin keluar daripada rumah sendiri?” tulisnya.
Wakil pasar raya tersebut segera membalas aduan Cooke dengan segera mendakwa situasi ini sudah banyak kali dihadapi mereka.
“Ramai pelanggan memberitahu mereka kurang selesa dengan pakaian yang ‘tidak sesuai’ di pasar raya ini dan kami sedang cuba untuk perbaiki keadaan ini.
“Walaupun kami tidak mempunyai kod pakaian rasmi di pasar raya ini namun kami mengharapkan kepada pihak pengurusan untuk menggunakan budi bicara mereka,” balasnya.
Pada tahun 2010. Tesco Cardiff telah melarang pemakaian baju tidur ke pasar raya mereka setelah ramai pelanggan mengadu kurang selesa.
Papan tanda telah diletakkan di tetingkap pasar raya tersebut meminta agar pelanggan menghormati kod etika pemakaian ketika berada di dalam premis itu.

No comments:
Post a Comment