Tuesday, 10 January 2017

Inilah tarikh perkahwinan Sharnaaz, Nabila

Sharnaaz Ahmad bakal menamatkan zaman bujang dengan kekasih hati, Noor Nabila Mohd. Nor yang juga kakak kepada Neelofa pada 31 Mac 2017.

Terdahulu, Sharnaaz menghantar rombongan merisik Nabila pada 18 Disember lalu.

Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan di kediaman Nabila di sini yang dijadualkan pada sebelah malam. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 2 April di sebuah hotel di sini. Manakala majlis bertandang akan berlangsung pada 16 April di Pulau Pinang.

Bagaimanapun, pasangan yang sudah hampir dua tahun bercinta ini merahsiakan nilai mas kahwin serta jumlah wang hantaran. -Utusan

No comments:

Post a Comment