SELEBRITI rancangan televisyen, Keeping Up With the Kardashian, Kim Kardashian akhirnya membuka mulut mengenai kes rompakan beliau di bilik hotel Paris.
Beliau menceritakan pengalaman menakutkan itu kepada adiknya, Khloe dan Kourtney Kardashian dalam promo eksklusif rancangan tersebut.
“Mereka akan menembak saya di bahagian belakang dan saya lihat tiada langsung cara untuk menyelamatkan diri.
“Ia membuatkan saya sedih setiap kali memikirkan tentang insiden ini,” katanya sambil menangis.
Pada Oktober tahun lalu, Kim telah diikat dan diacukan pistol di dalam bilik hotelnya oleh sekumpulan perompak bertopeng yang kemudiannya mencuri semua barang berharga beliau sebelum melarikan diri.
Selain itu, turut menjadi perhatian ramai adalah ketika Kim beremosi sewaktu Kanye dimasukkan ke hospital pada November 2016 kerana keletihan dan kekurangan tidur.
“Dalam fikiran saya, Kanye benar-benar perlukan saya sebab itu saya harus segera pulang ke rumah.
“Bagaimanapun di sebalik semua yang terjadi, sekali lagi keluarga ini membuktikan bahawa kami sentiasa kuat walaupun dalam keadaan krisis,” katanya lagi.

No comments:
Post a Comment