Tuesday 24 January 2017

PANAS! Hanez Suraya bakal bercerai? failkan perceraian?

Pelakon, Hanez Suraya, semalam memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam terhadap suaminya Romie Razin Adilha Abd Rais.

Sumber memberitahu, Hanez, 32, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguamnya.

Berita pergolakan rumah tangga pelakon jelita itu mula bertebaran beberapa bulan lalu, namun reda seketika selepas beliau dan suaminya dipercayai cuba mencari jalan penyelesaian termasuk bercuti bersama di Jepun, bulan ini.

Hanez juga pernah memberitahu mengenai keinginannya untuk aktif berlakon awal tahun ini walaupun sebelum itu pernah memaklumkan kepada media, suaminya, Romie, 37, tidak mengizinkannya kembali ke dunia seni.

Pasangan yang berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan, Puteri Aleesya, 13 bulan. -Bharian

No comments:

Post a Comment