Wednesday, 11 January 2017
RM10K SEHARI, TAK DAPAT CAIRKAN AZMIL MUSTAPHA
"Kalau nak tahu sejak dua tahun lalu saya masih medapat tawaran berlakon. Syarikat penerbitan itu sanggup membayar saya RM10,000 sehari semata-mata mahu saya muncul dalam drama mereka.
"Saya menolak dengan cara baik tetapi mereka tetap datang memujuk. Jadi saya pun menetapkan satu syarat iaitu bayaran sebanyak RM100,000 sehari.
"Mendengarkan syarat itu, mereka terus menolak. Bukan saya nak mempermainkan mereka, tetapi itu saja cara berhemah yang boleh membuatkan mereka berhenti memujuk saya," kata pelakon era 80-an yang kini aktif sebagai penceramah bebas, Azmil Mustapha, 64.
Ini kerana menurut Azmil, tawaran tersebut ditolak disebabkan prinsipnya yang tidak mahu lagi membabitkan diri dalam bidang hiburan.
Dalam masa sama, Azmil berkata, dia tidak pernah berasa rindu terhadap bidang lakonan yang pernah mempopularkan namanya satu ketika dulu antaranya filem 'Mekanik' dan 'Ali Setan'.
"Kali terakhir saya berlakon adalah dalam filem 'Puteri Gunung Ledang' pada 2004. Saya menerima tawaran itu pun selepas penerbit dan pelakonnya, Tiara Jacquelina bersetuju dengan 10 syarat yang ditetapkan.
"Saya terima tawaran itu kerana Tiara adalah kenalan lama saya dan pada masa sama Datuk M Nasir turut berlakon di mana saya memang meminatinya. Selepas itu hinggalah sekarang saya terus berhenti berlakon.
Bagaimanapun kata Azmil, jika ada tawaran membabitkan penerbitan dokumentari Islamik, dia bersedia untuk terbabit sama.
Sumber: Harian Metro
________________________
Follow @myartisdotcom
via My Artis
Labels:
Gosip
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment