Wednesday 4 January 2017

Rusdi Ramli tak puas hati dengan pelakon baru! PANAS

Rusdi Ramli kesal dengan sikap segelintir pelakon baru yang lebih mementingkan soal bayaran daripada kualiti kerja. Ada antara mereka yang menetapkan bayaran sehingga RM15,000 bagi satu telefilem.

"Perkara ini memang wujud dalam industri kita sekarang. Mereka menetapkan bayaran yang tinggi bagi satu telefilem tapi komitmen kerja hanya empat hari berbanding kebiasaan selama seminggu.

"Kalau kualiti lakonan itu bagus dan seperti apa yang diharapkan pengarah, saya okey lagi. Tapi ini tidak. Kadang-kadang ada di antara mereka yang sekadar melontarkan dialog tapi tak tahu apa yang disampaikan,"

"Perkara ini sudah menjadi satu trend. Apa yang saya perasan mana-mana artis yang mempunyai jutaan pengikut di Instagram lebih mendapat perhatian. Sedangkan kalau dikaji dengan betul perkara itu tak membantu dari segi kualiti kerja pun.

"Pengikut mereka kebanyakannya nak mengetahui kisah peribadi saja. Bagi saya untuk mendapatkan hasil kerja yang berkualiti jangan nak mementingkan rupa paras pelakon semata-mata.

"Tidak salah nak memberi peluang kepada pelakon yang betul-betul boleh berlakon dan menjayakan sesuatu watak dengan baik. Ada banyak pelakon sebegitu yang dipinggirkan," katanya kepada Harian Metro.

No comments:

Post a Comment