Saturday 7 January 2017

Sekitar perkahwinan Ainan Tasneem (15 gambar HD)


Ainan Tasneem Redzuan sah bergelar sebagai isteri kepada Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi dengan hanya sekali lafaz pada pukul 5.55 petang Jumaat, semalam.

Pada majlis tersebut Ainan, 25, menerima mas kahwin sebanyak RM300 serta lima dulang hantaran dan dibalas dengan tujuh hantaran kepada pihak lelaki . Bagaimanapun pasangan tersebut merahsiakan jumlah wang hantaran.

Ainan selamat dinikahkan oleh jurunikah Adib Mahyuz, yang berwalikan bapanya, Dr. Ridzuan Mohd. Sagir dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abd. Aziz Shah , Shah Alam, Selangor. -sumber MyNewsHub | gambar IG Ainan Tasneem
Baca lagi »

No comments:

Post a Comment